Batas Pergaulan Islam VS Alam Siber??

October 30th, 2007 by amalinapeter

Batas Pergaulan dalam Islam

   

By Doc Danial Zainal Abidin

   
    
   

Batas Pergaulan bukan hanya Fizikal, malah Mental serta Spiritual

Soalan:

SAYA
selalu mendengar ceramah motivasi Islam yang melarang remaja bergaul
bebas, terutama apabila kumpulan remaja menyambut sesuatu pesta.

Namun
saya kurang arif maksud batas pergaulan yang menurut syariat. Adakah
maksudnya kita mesti menjauhkan diri daripada insan berlainan jenis
sepanjang masa?

Ini tidak mungkin berlaku kerana kehidupan sekarang yang bermobiliti sangat tinggi sehingga ke alam siber.

Remaja Moden,
Johor Bahru, Johor

Jawapan:

CIRI
insan cemerlang berlandaskan agama mengambil kira isu pergaulan antara
lelaki dan perempuan yang perlu difahami secara menyeluruh. Pergaulan
antara lelaki dan perempuan yang harus berkahwin (iaitu yang bukan
mahram) perlu dijaga agar tidak terbabas daripada tuntutan syariat
serta akhlak. Batas pergaulan ini bukan hanya membabitkan fizikal,
malah mental dan spiritual.

Allah
berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang
buruk." [Surah Al-Israk: ayat 32]

Al-Quran
menyebut ‘jangan mendekati zina’ sebagai langkah-langkah kewaspadaan
menjaga pergaulan berlainan jantina agar tidak terlanjur kepada
perzinaan yang secara popularnya disebut sebagai pergaulan seks bebas.

Antara langkah menjauhi perzinaan atau seks bebas:

1. Menjauhi zina minda

Contohnya:
jika seseorang lelaki duduk berjauhan daripada seorang wanita, tetapi
mindanya membayangkan sedang melakukan perbuatan lucah dengan wanita
itu, dia ketika itu melakukan dosa walaupun secara zahirnya berjauhan
daripada wanita itu.

Dia
sebenarnya sedang melakukan ‘zina minda.’ Kes begini banyak terjadi di
alam siber, melalui internet chatting, bertukar gambar di e-mel dan
internet TV. Perlakuan ini perlu dijauhi. Jika telah terlanjur
melakukannya, banyakkan beristighfar.

2. Menjauhi zina mata

Demikianlah
juga dengan pandangan mata. Jika seseorang lelaki melihat seorang
wanita dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa walaupun
ketika itu wanita itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu dia
melakukan ‘zina mata.’

Sahabat
Rasulullah SAW, Jarir bin Abdullah, pernah berkata: "Saya pernah
bertanya kepada Rasulullah mengenai melihat wanita dengan tidak
disengaja, maka sabdanya: "Palingkanlah pandanganmu." [Hadis Riwayat
Muslim]

Nabi
juga bersabda kepada Saidina Ali: "Ya Ali, janganlah engkau susuli satu
pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan yang lain kerana yang
pertama itu tidak menjadi kesalahan (kerana tidak sengaja), tetapi
tidak yang kedua." [Hadis Riwayat Abu Daud]

Demikian
juga melihat gambar wanita dan lelaki yang tidak menutup aurat, separuh
bogel di depan mata, televisyen, paparan komputer dan juga papan iklan
tepi jalan. Banyakkan beristighfar, minta ampun daripada Allah.

Namun, pandangan pertama kali adalah dimaafkan seperti maksud hadis di atas

3. Menjauhi daripada berdua-duaan

Ketika berdua-duaan, rangsangan untuk bermaksiat akan lebih kuat kerana godaan syaitan. Justeru, ia dilarang oleh agama.

Berhubung
perkara ini, Nabi bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari
akhir, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu
tempat tanpa disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiganya
adalah syaitan." [Hadis Riwayat Ahmad]

Amalkan membawa kawan atau teman jika ingin berbincang dengan insan berlainan jenis mengenai perkara bermanfaat.

4. Menjauhi daripada bersentuhan

Jika melihat seseorang wanita dengan syahwat dilarang oleh agama, bersentuhan kulit dengannya pasti lebih ditegah lagi.

Dalam
sebuah hadis oleh Bukhari dan Muslim diriwayatkan: "Tidak pernah tangan
Rasulullah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya."

Dalam
riwayat yang lain Nabi bersabda: "Ditikam salah seorang daripada kamu
dengan jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya
daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." [Hadis
Riwayat Thabrani]

Bagaimanapun,
pergaulan antara lelaki dan wanita bukanlah dilarang secara 100%. Apa
yang dilarang ialah pergaulan bebas. Namun dalam suasana tertentu yang
terkawal, ia diizinkan.

Contoh: ketika menuntut ilmu dan berjual beli.

Dr Danial Zainal Abidin,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy.

Allah menerima DOA

May 14th, 2007 by amalinapeter

6 Feb 2007

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya. Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.

Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat. Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk” Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepadaNya.

Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya. Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah. Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka. Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita.

Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah. (Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih) Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya. Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu" Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah: Maksudnya: "Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya." Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan) Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut; Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia.

Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan. Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam,baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba. Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah. Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T. Sabda

Nabi s.a.w. Maksudnya: "Do`a itu adalah ibadah" (Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: "Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.) Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita. Sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a" (Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib) Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo`a. Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.

Ps: "When we pray from our heart, the whole universe will work towards our dreams. Dream, Trust, and Work towards it"- I got this from an international business philosopher of HERBALIFE(http://www.amalina-herbalife.blogspot.com/), Mr Jim Rohn. If he could see such miracle in prayer, why not us, Muslim?

The Skeleton Key

May 12th, 2007 by amalinapeter

Oh my!! This movie!! I just watched it kat HBO 5 minutes ago…n it impacted me through every angle! Anger, sadness, shocked…Huh! At first i thought it’s another cheap ghost story…yg byk2 suspen but bende bodo2 je yg happen… BUt since the heroin Kate HUdson, i didnt mind to waste my time for this movie… Still i didnt expect much…(blagak je…)

Through the story, i thought it was like "okelah…". Its not a ghost story, which made me less bored coz it wasnt what i expected. It was about susperstitious. UNtil almost the end of it, i already predicted the ending, so i was ‘half happy’ and excited to watch the ending. BUT!!! Its was totally UNPREDICTABLE!! N all the positive stuffs in my mind went down like…How should i explain?? All went down! Oh my…give urself a try… U’ll feel like "Oh shit!! This is the end???". I appeciate it though….so sad…:’( Synopsys down there…

Caught up in the hoodoo
Skeleton Key
Kate Hudson, Gena Rowlands, John Hurt

Rating: 4/5

A KEY that opens every door in an old New Orleans house tempts Caroline (Hudson) to explore. She doesn’t realise the one door she can’t unlock will open a whole new world to her. The spirit world.

Caroline starts work at the house to care for stroke victim Ben (Hurt). She’s given an ominous warning by the lady of the house, Ben’s creepy wife Violet (Rowlands).

Not concerned, Caroline cares for Ben but soon gets the message that, behind the shroud of his disabled body, he’s crying out for help. She manages to open the attic room and finds books, records and ingredients for spells.

Violet tells her a story that 70 years ago, servants that worked in the house practised hoodoo in the attic room and the room had been sealed since their lynching. Apparently the servants had tried to teach hoodoo to the children of the family. And one of the servants was trying to develop a spell that gave him eternal life.

She’s told that as long as she doesn’t believe in hoodoo, it can’t affect her. She thinks that because Ben believes in the black art, she should be able to create a counter spell to unlock the spell that binds him. Armed with the ingredients to fix Ben, Caroline quickly realises things aren’t what they seem in the house.

Skeleton Key isn’t really a new concept. But this one, made by screenwriter Ehren Kruger (The Ring), has a clever twist that will surprise you and leave you trying to piece together the final scenes in your head.

Kate Hudson proves to be a versatile actress; after the spate of highly entertaining romantic comedies, she plays the sleuth/hospice carer with ease.

This is a good movie. There are times you wonder where it’s going, but then it all twists and turns nicely.
If you enjoy thrillers, this one casts its spell nicely and has you guessing till the end.

– Lieutenant Simone Heyer 

Not a Good Man..

December 20th, 2006 by amalinapeter

That Man,

He was someone to her

He talked and she listened

He hurt her, and she forgave for hundred times

He said he love her

She was very happy

That Man,

He moved like the wind, unpredictable

Years passes, she thought she knew him

So no matter how rough the winds blew

She ignored the hurts he caused in her

Until he turned to be unforgivable

Hey Man,

She’s not in the Menu if you wanted to choose

She’s not the loyal star, if you only came when you need her

She’s not a filthy cat, she never beg for your love

Are you regretting the sweet words you threw to her?

Or you are happy for being able to play?

I promise you, you will be paid

Trust me, because she doesn’t cheat like you did

Hey Man,

She’s giving you back everything

It makes her heart tore

But that’s the end, I promise

She’s throwing you away

Don’t be such a bullshit and to ask why

Because you know why…

While she walked out of your life

Years of memories burnt

In the bottom of her tragic mind…

“Abah kate jangan mandi sungai…”

December 5th, 2006 by amalinapeter

Lepas kene marah dgn cikgu, kitorg berjanji dgn diri sendiri tak nak buat bende2 bahaya dah. Criternye, lepas paper Math Mod SPM aritu, kitorg pegi hutan belakang skolah, mandi waterfall kat sungai tu. Best…Sejuk! Mule2 mg best. Tibe2 nampak muke warden bru smpi dgn motor die. Bengis!! Paham2 sndiri laa..mmg teruk kene marah pastu.. KItorg dah la majoritinye dari Dom yg same. Dom tu pun dapat name ‘Lubuk Sungai’…rase klakar n bodoh plak… nak mandi sungai tu kerje yg langgar undang2… yg kitorg ni pun boleh jalan ikut pagar belakang skolah tu dgn tuala kt bahu. Sendiri kantoi…

Orang kate sungai tu kawasan keras. Lagi2 skolah kitorg tu in history dah terbengkalai 7 tahun dgn criter2 yg menakutkan. KOntraktor mati, pompuan bunuh diri, erm… byk lagi! Hutan tu plak banyak babi hutan n anjing buas. BUkan kitorg x tau criter2 tu. Tp x tringat pun bende2 tu coz sungai tu x deep sgt dlm hutan. Seb baek x jadi apepe kat kitorg. HUh…

Satu malam ni lepas paper Kimia, Fadhy bace sms dr Abah die. "Abah kate jangan pikir apepe dah. Ingat exam je, pi blaja, kirim salam kat kwn  ek, jangan mandi sungai…" Waktu tu smue org tgh seronok, gelak2. AteQ bace Bio, Dilla n Che Pah dgr lagu, Che Yah n Ija tgh record suare Fadhy senyap2 while tutup hidung coz ade org buang angin.  Bile dah habes, kitorg dgr balik ramai2. Tetibe sampai part "Jangan mandi sungai…", tetibe ade suare laki marah "Hey!". Pastu die tarik nafas. Meremang smue org. Mane nak dpt suare garau yg mmg btol2 jantan tu kat aspuri??? Kitorg x percaye, so ulang balik byk2 kali. Mmg bukan one of us… Time tu kitorg fikir, Kate r bende tu tgh dok ngn kitorg..? Dah tu nak marah plak abah x bagi mandi sungai… Mule2 cuak gler. Dahla malam tu banyak kejadian kat katil yg sama kitorg record. Tp lelame jd gurauan kitorg plak. Mesti r take easy… Tulah abah kate jangan mandi sungai…

Gubra SESAT dan MENYESATKAN…?

August 23rd, 2006 by amalinapeter

Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan

Oleh Faisal Tehrani
Gubra ialah sebuah filem bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya Petronas, lawak yang meraban merapek, pembelaan terhadap inter-faith commission, geng sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai orang mahu percaya diri mereka memahami sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam kurungan istidraj yang sesat lagi menyesatkan. Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini dibaur-baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah jenis Islam yang ditolak oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir musyrikin, Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah berhijrah ke Madinah. Islam jenis inilah yang baginda telah menegaskan andai bulan dan matahari pun diletakkan di kiri kanan baginda, tidak ada apa yang dapat merubah baginda dari menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.

Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah.
Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin Ahmad: Saya mahu paparkan tentang kisah dan sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam keadaan gubra. Kerana gubra ramai di antara kita tidak reti untuk menghargai kasih sayang. Selain itu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui Gubra ialah tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005).
Saya tidak memahami apa yang indah dan gelap atau lucunya Gubra. Saya tahu filem, mise en scene dan segalanya. Saya tak pandang semua itu. Sesekali saya malah berasa terhina dengan adengan-adengan filem ini. Lakonan sehebat mana sekalipun telah dimualkan dengan inti yang sungguh menyesak lagi menyesatkan ini. Kerja cahaya atau sinematografi yang handal sekalipun tak dapat menenggelamkan kelucahan dan kekeliruan yang diutarakan.
Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya, semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh).
Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun filem yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan, dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan, belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan malah menghina persoalan amar makruf nahi mungkar. Peluk sana cium sini seolah-olah tema kasih sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas dan garis panduan.
Ukurlah skala iman anda.Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup maka dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup maka dengan hatinya, yang demikian itu selemah-lemahnya iman."

Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa aspek amar makruf nahi mungkar merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim. Apatah pula berada di pihak seorang Bilal yang mewakili institusi keagamaan.
Amar makruf nahi mungkar adalah wajib berdasarkan banyaknya ketentuan hukum dalam kesepakatan para ulama, berdasarkan Alquran, hadis, ijma, dan akhlak yang mulia.
Lihat sahaja ayat 71 surat At-taubah, ayat 104 dan 110 surat Ali ‘Imran, Allah jelasnya telah mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru para ulama bersepakat tentang wajibnya amar makruf nahi mungkar, cuna ia berbeza dalam tingkatan wajibnya samada wajib ‘ain dan wajib kifayah.

Andai kata wajib ‘ain, maka setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf nahi mungkar, akan tetapi dengan wajib kifayah, jika ada segelintir melakukannya maka terpenuhlah kewajiban tersebut walau hanya dilakukan oleh sebagian umat Islam. Tetapi semuanya berdosa bila tidak ada seorang pun yang melakukannya. Dalam urusan kemasyarakatan, amar makruf nahi mungkar adalah satu hal yang digalakkan dan keperluan yang luar biasa signifikan supaya keseluruhan kehidupan dapat berjalan dengan baik.
Apakah yang makruf itu? Makruf adalah segala sesuatu yang dipandang baik oleh manusia dan diredhai oleh Allah SWT, samada ia perbuatan yang wajib maupun sunat, seperti mana ketaatan kepada Allah dan pengamalan perintah Allah. Sebagai contoh menegakkan solat, melakukan puasa, menolong orang yang kesusahan, memberikan derma atau melakukan kebajikan dan lain-lain lagi.
Pun ada bahagian yang sangat penting sebagai kembarnya iaitu hal yang mungkar itu perlu ditegah. Mungkar adalah setiap yang dipandang tidak baik oleh manusia dan tidak dibenarkan oleh Allah SWT. seperti maksiat, menyekutukan Allah, juga melakukan larangan Allah, seperti penzinaan (iya 8 kali, dalam Gubra lapan kali adalah angka ajaib untuk satu penzinaan berulang) makan rasuah, menipu rakyat, dan sebagainya.
Perlaksanaan amar makruf nahi mungkar harus dilaksanakan dengan apa jua cara, ini disesuaikan dengan banyak mana kuasa anda ada.Jika anda bapa dalam keluarga ya ahli keluarga yang melakukan mungkar harus ditegur dan digalakkan melakukan makruf. Jika pemerintah urusan makruf adalah sama pentingnya dengan pencegahan kemungkaran. Secara fitrah manusia tertarik dengan musuh abadinya iaitu iblis. Dan iblis akan bijak sekali memusing-musing kepala kita hingga kita akan mencari jalan sendiri untuk mengatakan ia benar.
Penegahan mungkar dilakukan dengan kekuatan fizik, juga dengan lidah yang sopan dan bijaksana, atau hanya dengan diam dalam penyesalan terjadinya kemungkaran, atau tidak terwujudnya hal yang makruf.
Hal ini tidak terjadi dalam Gubra, Bilal sebagai satu entiti yang mewakili institusi keagamaan meredhai jiran-jirannya duduk dalam maksiat. Betul Bilal Li tak perlu memulau Temah atau Kiah tetapi Bilal Li juga tidak boleh meredhainya dengan ikhlas tanpa rasa sesal sedikit pun. Tidak pernah dalam filem ini, walau sekali ada gambaran pencegahan di dalam hati yang paling rendah tingkatannya dilakukan. Perhatikan dialog di hadapan rumah pelacuran yang wajar dicemuh ini:
Bilal Li: Assalamualaikum, awal balik pagi ini (nota pengarang: dari melacur).
Temah : Esok pagi nak hantar Shahrin pergi sekolah. Ada pelanggan nak pun terpaksa tolak. Hai abang lambat pergi surau pagi ini? Hah rambut basah tu…
Bilal Li: (Gubra) Ah mana ada…
Temah: Kami balik dulu.
Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar diberikan syarat: (1) Bahawa jelas kemakrufan yang tidak dilaksanakan orang dan kemungkaran pula jelas dilakukan, (2) Bahawa pendakwah sedar dengan diri dan jatidirinya sebagai orang yang alim dan sesuai dengan misi amar makruf nahi mungkar yang hendak ditunaikan, (3) Pendakwah dengan itu tahu benar bahwa amar makruf nahi mungkar tersebut membawa manfaat, maslahat, serta tidak membawa madarat (4) Amar makruf nahi mungkar ditegakkan dengan bijaksana, berterusan dan penuh kesabaran, serta (5) Hal amar makruf nahi mungkar itu ditunaikan dengan ikhlas berorientasi pada keredhaan Allah SWT. Ini dilakukan demi mempertahankan keluhuran Islam dan menegakkan kalimah Allah.
Temah barangkali bernasib baik kerana mendapat hidayah dan kejutan Tuhan kerana disapa penyakit (kemungkinan HIV). Temah mencari Maz, belajar al-Quran, belajar solat dan menginsafi diri tetapi itu semua datang dari Temah. Dan ilham untuk bertaubat tentulah datang dari Allah. Manusia yang diberi hidayah seperti Temah tidak ramai, dia mencari hidayah datang. Tetapi di pihak Maz dan Bilal Li yang tahu agama, tidak ada secuit pun rasa kesal rasa mahu mendorong dan rasa nahi mungkar tersebut ditonjolkan sebelumnya. Tidak ada. Tidak, saya tak minta mereka mengherdik pelacur-pelacur yang baik itu. Mereka agaknya memang terpaksa melacur sebab tak pas SPM atau tak ada modal untuk berniaga nasi lemak bungkus. Iyalah, kita mahu percaya mereka melacur kerana tiada pilihan lain. Tetapi sebagai sebuah naratif yang bermula dengan Bismillahhirahmanirrahim kita dikejutkan kerana Bilal Li dan isterinya bersikap tak apa dengan kerja maksiat jiran itu. Bukan sahaja tidak menegah tetapi meraikannya.Kita faham sisi kemanusiaan yang ingin disogokkan tetapi fahami pula sisi kemanusiaan yang Islam tawarkan. Ada rangka dan konsepnya. Kenapa merendahkan ayat Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini?
Ya Islam memang luhur agamanya, mak cik bertudung labuh boleh menawarkan rendang ayam buat pesakit sebelah katilnya yang muak mengunyah daging babi seperti di dalam Gubra. Siapa nafikan? Ya Malaysia memang indah kerana kita dibina dengan berbagai warna, bangsa, bahasa, masakan dan lain-lain lagi. Tetapi memaksakan Islam memahami semua persoalan itu seumpama Islam sebuah agama yang tidak cukup adalah sesuatu yang salah. Islam yang harus difahami, dihayati dan diamalkan.Islam turun untuk kita, kita yang mesti fahamkan Islam bukan menceramahkan pula Islam yang mesti memahami kita.
Sungguh ini sebuah filem yang kacau dan sungguh kerana Yasmin serta pelbagai lagi manusia karyawan filem kita terperangkap oleh definisi Barat. Kononnya filem hanyalah gambar bergerak. Dan elemen-elemen kekaguman (untuk gubra) yang penuh kepalsuan ditawarkan juga seperti pesakit yang nampak punggungnya, atau Orked yang selamba meraba puting tetek Alan yang berbulu, atau watak Arif lakonan Adlin Aman Ramli menari dengan hanya memakai tuala hampir terlucut, atau pujian jururawat India bahawa alat kelakian Pak Atan sungguh utuh dan gemilang.Ini filem Malaysia, relaks, cool…itulah yang hebatnya, agaknya?
Tidak, filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma gambar yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr Abu Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan caca marba tidak ketentuan bahasa.
Kasihan, dalam Gubra mereka mahu percaya mereka hidup dalam kebenaran tetapi orang yang berilmu melihat mereka dalam kebodohan. Seperti mana kumpulan Sisters In Islam terpekik setiap kali apabila timbul segala isu yang mereka rasa harus dimanfaatkan untuk kepentingan diri. Kita tahu mereka bahlol lagi jahil tetapi mereka rasa mereka maju, moden dan Tuhan memang memandang mereka mulia, oh ya dan mereka percaya bisikan iblis: Tuhan memandang semua orang sama.
Dan tepekkan satu kata-kata Maulana Rumi yang lari konteks setelah dikerat-kerat bait-bait terdahulunya yang lebih enam ribu itu iaitu lampu ada pelbagai tetapi cahayanya sama. Ya, gereja, masjid dan tokong ialah rumah ibadat yang sama. Tuhan satu. Tuhan sama sahaja. 
Begitu? Bagaimana dengan konteks ayat Quran, untuk Kamu agama kamu untuk kami agama kami? Cuba buka tafsir terlebih dahulu dan fahami surah al-Kafirun. Inilah asas jati diri orang Islam yang telah diterap dan diturunkan awal sejak di Mekah lagi. Surah dengan 6 ayat ini adalah surah mengenai jati diri.Dan ya, boleh juga buka surah Taubah kerana ada juga jati diri orang munafik untuk kita lebih berwaspada dan hati-hati supaya tidak jadi seperti mereka.
Kalau tak reti agama jangan syarahkan agama dalam filem.Jangan rosakkan orang.
Gubra seperti tajuknya. Filem yang kacau, gugup dan ketidaktentuan hala seperti mana kefahaman dan diri pembikinnya.Dan memang ramai pengekor dan orang yang tak ketentuan jiwa menyokongnya.
Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan Bilal memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah."
Ya konsep tawakalnya begitu.Tawakal gubra.
Allah memang pengasih dan penyayang. Tetapi Allah juga ada nama-nama lain, ada sifat-sifat lain yang Allah boleh sahaja menghukum, baran dan mengingatkan dengan keras. Allah memang Maha Pengampun tetapi Dia juga tidak memberi belas kasihan. Kerana itu ada neraka sebagai tempat diazabkan. Baca asmaul husna biar habis, faham Islam biar selesai, bukan satu bahagian sahaja. Amar makruf tetapi nahi mungkar diabaikan.
Justeru, kalian memang Gubra. Janganlah membaca Rumi untuk satu bait, kemudian mendabik dada, khatamlah dahulu Mathnawi dan Diwan, dan fahamilah hubungannya dengan Tabrizi baru boleh mengeluarkan hujah di dalam filem anda. Jangan cemari ajaran kesufian dengan pendirian sesat anda ini.
Hayy Allah !
Wallahu’Alam, moga kita dikurniakan Jalan Yang Lurus yang selalu kita minta dalam solat kita itu. Moga kita dilindungi oleh sebarang kesesatan yang nyata dan juga tidak nyata.
* Ini blog saya jadi saya boleh sahaja meluahkan pandangan saya. Kalau saya tak cegah kemungkaran ini dengan tulisan maka saya mengabaikan satu kewajipan. Anda suka atau tidak, setuju atau tidak itu anda punya pasal.Hidayah seperti cahaya tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.